Oleh. Jopis anak Lagau
Borneo. Cabaran getir Barisan Nasional dan GRS bersama PPBM mendepani kumpulan parti pembangkang dilaporkan tidak semudah apa yang dicanang berikutan terlalu ramai gabungan pembangkang menentang BN dan GRS dari pelbagai sudut tanpa mengira bangsa dan agama.
Pembangkang Sabah dianggotai GTA, Pakatan Harapan Upko dan WARISAN SABAH disamping NGO Tem Bebas yang bakal menggegarkan 26 kerusi Parlimen Sabah dan Labuan jika GRS BN Sabah tidak menggandakan usaha mendampingi semua rakyat yang kini sedang memerhati jentera kepimpinan GRS BN menjelang penamaan calon dalam masa terdekat ini ujar rakyat yang ditemui.
Serangan kumpulan pembangkang dari pelbagai medium fb, Tik tok, watsap group dan semua saluran media sosial yang ditonton generasi 25 tahun kebawah bukan muda ditepis apa tak lagi semua pemimpin pembangkang bergerak dari rumah segenap lapisan rakyat jelata sejak beberapa bulan lepas.
Kru Media Terkini yang cuba menghubungi kepimpinan BN dan GRS Sabah gagal mendapat jawapan dan semua mesej dihantar juga gagal memperolehi jawapan dari empunya telipon bergambar pemimpin terlibat sehingga lah Parlimen ke 15 dibubarkan.
Apapun situasi terkini bukan senang menawan 25 kerusi parlimen didalam Sabah jika langkah pemimpin parti politik jauh dari menemui rakyat jelata Sabah sehingga masa mereka membuang undi kelak.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan