Selasa, 4 Oktober 2022

Berita Ringkas 

PENYELUDUPAN SERING DIPATAHKAN 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Kuching. Penduduk negeri ini memuji usaha pihak berkuasa yang kerap kali mematahkan aktiviti penyeludupan minyak petrol serta disel disamping minyak masak bersubsidi akibat terdapat kumpulan yang tamak memburu kekayaan atas angin khususnya membabitkan hubungan pihak tertentu dengan pelanggan negara jiran terdekat.

Daya usaha petugas kerajaan negeri Sarawak komited membenteras penyeludupan Disel termasuklah beberapa barang kawalan demi kepentingan rakyat dan nama baik kerajaan Sarawak dari dicemari kumpulan penyeludup tegas anak watan Sarawak.

Ruang ruang geng penyeludup terbatas dinegeri ini berikutan tindakan penguatkuasaan dan operasi kerap dijalankan bagi membenteras penyeludupan tanpa mengira masa dan tempat jelas orang ramai.

Kerjasama masyarakat sekeliling dalam menyalurkan pelbagai maklumat tepat kepada pihak berkuasa dan pemimpin kerajaan negeri juga mengurangkan kegiatan penyeludupan dipelusuk negeri ini sejak peralihan endemik covid 19.  

Mana mana negeri yang masih aktif pelbagai penyeludupan  minyak termasuklah minyak Disel dan Minyak Masak perlu mencontohi langkah langkah yang diambil oleh bumi kenyalang jika mahu membenteras kegiatan seumpama.

Antara yang terdekat dengan Sarawak dan kerap menjadi sarang penyeludupan Minyak Disel, Petrol, Minyak Masak serta Rokok Pelbagai Jenama ialah Sabah menurut maklumat orang ramai. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan