Khamis, 13 Oktober 2022

CABARAN BESAR BN JIKA SAYAP KURANG BERFUNGSI 

Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Barisan Nasional negeri ini bakal berdepan 

 dengan cabaran besar jika sayap bawahan tidak bersungguh sungguh mendepani semua rakyat jelata yang mengundi setia apa tak lagi bergantung harap  kepada calon Barisan Nasional pada pru ke 15. 

Sebanyak 26 kerusi parlimen Sabah dan Pulau Labuan dipertandingkan  bagi semua parti yang berhasrat mahu menjadi Ahli Parlimen selepas pilihan raya kelak. 

Umno dan Barisan Nasional di Sabah perlu  digerak semua jentera khususnya akar umbi tanpa terlepas pandang segenap lapisan masyarakat seperti harapan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno serta Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden Umno yang amat mengharap BN menang  dalam pru ke 15 kearah mengembalikan tampuk kerajaan Barisan Nasional selepas pru ke 15. 

Pertandingan semua parti dalam pru ke 15 diseluruh Sabah dan Labuan bukan mudah direalisasikan dengan harapan sahaja tanpa bergerak menemui semua rakyat jelata, namun sehingga hari ini masih belum ada suara rakyat ditemui oleh ahli ahli parti politik disetiap kawasan masing masing melainkan individu dari parti pembangkang dilaporkan bergerak aktif tegas orang kampung yang ditemui. 

Kru Media Terkini yang berusaha menghubungi golongan pemimpin parti politik mewakili pemerintah gagal dan tidak ada respon berhubung langkah mereka mendepani pru ke 15 dinegeri Sabah serta Labuan, manakala rakyat jelata dilaporkan terus didekati sebilangan pemimpin parti pembangkang sehingga keperkampungan terpencil diluar bandar dengan pelbagai sumbangan peribadi mengingati rakyat jelata ujar orang kampung yang ditemui. 

Apakah senario politik Sabah akan berulang pada pru ke 14 yang lalu dimana calon wakil kerajaan tewas dipertandingan sengit dengan calon parti pembangkang tanpa disedari kepimpinan parti memerintah atau mereka terlepas pandang isi hati rakyat sepanjang 5 tahun kurang gerakan ahli politik memerintah bersama rakyat jelata keluh orang kampung ditemui. 

Masih ada masa beberapa minggu lagi pemimpin parti politik menggerak tenaga menemui semua orang kampung dan warga pengundi yang tinggal dikawasan perumahan bandar tanpa berlengah, berbanding jentera parti pembangkang yang  terus  menemui rakyat tanpa ada hentinya dengan pelbagai usaha mengambil hati warga kampung serta para penghuni perumahan dipesisir bandar dan pekan tegas rakyat yang ditemui. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan