Isnin, 3 Oktober 2022

POLITIK MASIH BERPELUANG DAMPINGI RAKYAT 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur.  Peluang mendekati rakyat berbilang bangsa dan agama masih terbuka bagi meraih sokongan undi dalam pru ke 15 yang belum ada sebarang ketetapan  tarikh oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob Perdana Menteri Malaysia sehingga hari ini. 

Ramai politiking yang terlalu ghairah menanti tarikh pembubaran parlimen perlu menumpukan perhatian mendampingi rakyat jelata agar sokongan mereka terus berkekalan keatas parti yang mereka wakili, jangan sesekali orang berpolitik sekadar menunggu pembubaran parlimen atau dun disetiap negeri namun rakyat didalam kawasan masing masing terus terabai tanpa terfikir khidmat mereka terhadap rakyat masing masing. 

Aktivis politik dalam negara percaya Perdana Menteri  Malaysia boleh memantau ahli ahli parti politik BN yang sentiasa berkhidmat pada segenap lapisan rakyat, demikian juga para ketua ketua parti pembangkang boleh menilai wakil wakil pemimpin bahagian mereka yang boleh diterima segenap lapisan rakyat bagi bertanding pada pru ke 15 kelak.

Isu bila bubar parlimen tidak lagi menjadi masaalah bagi seluruh rakyat Malaysia termasuklah Sarawak dan Sabah, namun persoalan nya mampukah setiap parti politik mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia dimana juga berada pada masa pru ke 15 akan datang tegas pemerhati politik. 

Apapun senario impian tarikh pembubaran pru ke 15 diseluruh negara bergantung kepada pengaruh setiap pemimpin parti politik dimata rakyat, keperibadian setiap pemimpin yang bakal mahu meraih sokongan rakyat sebagai calon dalam pilihan raya agar benar benar diundi semua rakyat dalam pilihan raya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan