Selasa, 25 Oktober 2022

MANDI PELUH DITENGAH JALAN 

Oleh. Norsham Tukirin 

Parlimen Tuaran. Menjelang pru ke 15 jika memandu menggunakan jalan lama menuju Tampaluri dan Tuaran pasti mandi peluh jika kenderaan tidak lengkap berhawa dingin berikutan kesesakan yang tidak selesai sejak sekian lama tegas pemandu kenderaan yang ditemui hari ini.  

Bayangkan jika memandu dari kedai Rugading ke Tuaran lebih kurang satu jam baru sampai dengan bayangan kereta tua tidak berhawa dingin pasti mandi peluh ditengah jalan, namun bagi musim tengkujuh pula pemandu bakal basah dengan hujan bagi membuka tingkap tanpa hawa dingin bagi mengelak cermin dipenuhi wap panas sepanjang diatas jalan terlibat.

Pemimpin politik setempat silih berganti sejak 1976 sampai hari ini namun tidak banyak yang berubah berhubung jalan raya menuju kepekan Tuaran, malah ramai orang politik setempat sekadar memerhati sahaja jalan raya yang mereka lalui tanpa bersuara walau mendepani jalan tersebut. 

Penduduk Parlimen Tuaran bagai tidak lagi berminat mendengar kata kata orang politik setiap kali menjelang membuang undi berikutan lepas pilihan raya yang menang dapat jawatan yang tewas senyap empat tahun tanpa kenal golongan pengundi setempat jelas warga parlimen Tuaran. 

Apapun pendedahan ini bergantung kepada orang orang parti politik kawasan parlimen Tuaran menjawab segala rungutan rakyat warga parlimen setempat. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan