Jumaat, 14 Oktober 2022

DUA DESA TERPUTUS PERHUBUNGAN 

Oleh. Helary Sukionoh 

Sulawesi Selatan. Cabaran warga desa Matajang dan Barakah cukup perit berikutan dilanda banjir sehingga banyak terputus hubungan halan raya serta jambatan laluan kenderaan beberapa hari yang lepas. 

Majoriti penduduk berjalan kaki mereda lumpur serta bukit bukau bagi mengelak menyeberangi sungai yang dipenuhi air banjir deras mengakibatkan jalan raya putus berserta jambatan laluan kenderaan tegas mereka.

Mujur lah banjir berlaku tidak ada laporan kehilangan jiwa dilaporkan sehingga berita ini ditulis sekitar kawasan tersebut menurut warga desa Barakah dan Matajang walaupun hujan masih turun sehingga masa kini jelas warga tempatan yang ditemui.                

Banjir didua kawasan ini juga telah menjejaskan pergerakan para penduduk perkampungan sekitar sama ada pekerja pemerintah, sektor swasta mahupun pekerja pertanian semua laluan telah terjejas. 

Harapan warga Matajang dan Barakah agar pihak pemerintah negara mereka dapat memperbaiki segala kemusnahan musibah banjir terutama laluan jalan raya serta jambatan kenderaan yang terputus jelas mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan