Sabtu, 15 Oktober 2022

PBM MASIH BERTEKA TEKI ? 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Parti Bangsa Malaysia masih berteka teki keluar bertanding keseluruhan pru ke 15 berikutan belum ada penerimaan menyertai 

Barisan Nasional masa kini walaupun masa sudah tiba pilihan raya ke 15. 

Parti Bangsa Malaysia yang sudah memiliki sayap seluruh negara termasuk Sarawak dan Sabah sedang menghitung masa dari

penyokong mereka dalam bergerak solo meletak calon yang dilapirkan boleh menang jika BN tidak menerima penyertaan parti tersebut. 

Sehingga berita ini ditulis belum ada pengumuman rasmi dari  Datuk Hajah Zuraidah Kamaruddin Presiden Parti Bangsa Malaysia kedudukan kerusi Parlimen dan Dun yang parti mereka tandingi. 

Mungkin kah Ahli Parlimen yang baru menyertai Parti Bangsa Malaysia akan terus mempertahankan kerusi yang mereka sandang dari parti lain sebelum anti lompat dikuatkuasakan atau sebaliknya hanya PBM sahaja yang mampu memutuskan nya.

Media Terkini dimaklumkan PBM sedang aktif mendaftar ahli ahli baharu dikalangan generasi muda mudi diseluruh negara terutama golongan belia dan beliawanis berusia 18 tahun keatas bagi memperkukuhkan perjuangan mereka dimasa hadapan.







Nota. Dilarang  membuat ulasan berita, mencetak memuat  turun  berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan