Jumaat, 28 Oktober 2022

KDM PERTARUH KOTA KINABALU DAN SEPANGGAR ?

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) pimpinan Datuk Peter Anthony mempertaruhkan Datuk Liaw Kit Siong Parlimen Kota Kinabalu dan En. Jumardy Lokman di Parlimen Sepanggar. 

Pengumuman ini mengejutkan GRS pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor yang mana PKDM telah mengumumkan menyertai Gabungan Rakyat Sabah sebagai rakan perjuangan namun kini mengumumkan sebagai calon perebutan kerusi Parlimen tegas penduduk Sabah.

Kedua dua calon ini dilaporkan berhadapan dengan calon berwibawa serta pengundi banyak  terutama Kota Kinabalu dan Sepanggar bukan muda mendepani Pakatan Harapan, Warisan dan Barisan Nasional serta Gabungan Rakyat Sabah.


 PKDM merupakan dipimpin oleh bekas dari Parti Warisan Sabah juga sebelum ini namun selepas meninggalkan Parti Warisan Sabah PKDM ditubuh dan kini mendepani semula parti tersebut bagi menawan Parlimen Kota Kinabalu dan Parlimen Sepanggar jika mendapat undi dikalangan rakyat pengundi kawasan berkenaan. 

Media Terkini Malaysia yang cuba menghubungi kedua dua pemimpin PKDM berkenaan gagal sehingga berita ini ditulis, malah watsap juga  tidak berjawab bagi mendapatkan visi dan misi mereka kepada rakyat dikawasan masing masing jika rakyat memilih mereka sebagai wakil parlimen kelak.

Rakyat Parlimen Kota Kinabalu dan Parlimen Sepanggar perlu penelitian pemimpin yang berkelayakan serta mengerti kesusahan hidup rakyat dan bukan kepentingan golongan tertentu  sahaja disetiap kawasan parlimen yang ditandingi apa tak lagi kawasan yang masih ramai warga miskin menghuninya ujar penduduk yang ditemui.

Apapun percaturan parti politik di Parlimen Kota Kinabalu dan Parlimen Sepanggar semua calon boleh meraih sokongan rakyat jelata jika mereka benar benar prihatin turun padang menemui setiap hari tanpa mengira suku kaum agama dan darjat setiap yang dikunjungi. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan