Ahad, 16 Oktober 2022

PEMIMPIN BN PERLU BERSAMA RAKYAT 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Kepimpinan BN mampu menawan lebih 115 kerusi parlimen seluruh negara jika semua jentera parti Kompenen Barisan Nasional terus 

memantapkan hubungan pergaulan dengan segenap rakyat tanpa menyinggong perasaan mereka walau dengan apa cara sekalipun. 

Kepimpinan tertinggi 

UMNO BN yang kerap mesra dengan rakyat jelata perlu diserap kepada seluruh jentera BN diperingkat bahagian serta cawangan diseluruh negara supaya rakyat berbilang kaum mampu kembali menyokong BN didalam pru ke 15 dalam beberapa minggu akan 
datang. 

Selain dari gerak jentera BN diseluruh Semananjung Malaysia yang telah bergerak mempertingkatkan hubungan dengan seluruh rakyat berbilang kaum sejak sekian lama khususnya sejak parlimen dibubarkan, Sabah dan Labuan juga perlu menggerak jentera turun padang menemui seluruh rakyat jelata tanpa memilih kaum dan kefahaman politik mereka walaupun ada golongan individu menjadi batu api memutus hubungan pemimpin dengan rakyat namun pemimpin masa kini harus menolak Batu Api berkenaan demi meraih sokongan undi dalam sasaran BN bertanding di 191 kerusi parlimen pada pru ke 15 ini. 

Dari Presiden UMNO  Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Segenap AMT Umno Malaysia yang mesra semua rakyat jelata perlu dituruti semua pemimpin bawahan UMNO dan BN jika mereka mahu mendapat undi seluruh rakyat pengundi disetiap kerusi Parlimen yang Barisan Nasional tandingi seperti saranan pemimpin tertinggi UMNO BN setiap kali menemui seluruh rakyat. 

Kru Media Terkini telah menggerak tinjauan diseluruh negara sejak Parlimen Dibubarkan bagi mengadakan pru ke 15 pada 10 Oktober 2022 demi memerhati sokongan rakyat keatas semua parti parti yang bakal bertanding pada pilihan raya parlimen tersebut. 






Nota.  Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan