Jumaat, 28 Oktober 2022

LAGI TELUR MELAMBUNG HARGA PRU KE 15  

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Gempar lagi negeri ini bila telur satu tray 30 biji berharga RM21.80 laporan beberapa penduduk kawasan Parlimen Sepanggar mendadak naik sebilangan kedai menjelang pru ke 15 pada 19 November 2022. 

Penduduk Parlimen Sepanggar sedih sebab tiap kali pilihan raya barang makan dikedai pasti naik harga tanpa diperketatkan rondaan oleh penguatkuasa perdagangan bagi memantau peniaga ambil kesempatan menaik harga telur makanan harian. 

Menurut warga parlimen Sepanggar, pemimpin kerajaan kawasan parlimen Sepanggar terutama para pemimpin parti politik juga harus bertindak memantau masaalah yang disuarakan PENGUNDI Sepanggar demi mengekal senarai harga makanan yang dipasarkan para peniaga terang warga Sepanggar hari ini. 

Isu kenaikan  harga telur ini harus ditangani pihak berkuasa tempatan demi menjaga hati rakyat menjelang pru ke 15 pada 19 November 2022, jika kes ini terbiar ia juga akan terus memberi kemarahan rakyat jelata terhadap kerajaan yang mengumumkan harga kawalan namun harga terus melonjak naik ujar pemerhati aktivis masyarakat. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan