Sabtu, 22 Oktober 2022

PERTAHANAN SABAH TERUS DIPERKASA 

Oleh. Basron Kirwan 

Putatan. Keselamatan negeri Sabah terus dipertingkatkan demi mempertahankan dari pelbagai ancaman dari luar yang sentiasa mencari ruang mengganggu gugat kedaulatan tanah air Sabah. 

Sejajar dengan langkah kementerian pertahanan Malaysia memperkasa serta mempertingkatkan kawalan keselamatan dengan pelbagai aset kemudahan Tentera Darat bagi mempertahankan seluruh persempadanan darat tanah Sabah. 

Usaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Hisyamuddin Tun Hussen mempertingkat dan memperkasa semua aset Tentera Darat Sabah perlu disokong seluruh rakyat asli Sabah dengan memberi kemenangan 25 kerusi Parlimen Sabah kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya pada 19 November 2022. 

Pemerkasaan dan peningkatan aset Tentera Darat amat penting seperti yang diusahakan Menteri Pertahanan dalam ucapan beliau di Kem Lok Kawi hari ini demi mencegah kejadian serangan Abu Sayyaf dari negara jiran di Lahad Datu beberapa tahun lepas. 

Hanya rakyat Sabah yang mampu menjayakan usaha kerajaan dengan memberi undi sokongan kepada BN pada pengundian 19 November 2022 supaya semua perancangan kerajaan BN boleh direalisasikan jika 25 kerusi parlimen dalam Sabah dapat ditawan oleh semua calon  BN tanpa ruang parti pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya.

Hanya kerjasama seluruh rakyat Sabah diperlukan bagi memberi undian kepada BN jika mereka mahu sekeliling Sabah dapat pemerkasaan dan peningkatan keselamatan setiap inci persempadanan negeri Sabah sepanjang masa.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan