Isnin, 17 Oktober 2022

JANGAN PANDANG SEBELAH MATA 

Hendak menjadi orang ahli parti politik perlu berfikiran terbuka dan saling mengenali orang sekeliling, jangan sesekali melihat orang sekeliling kita itu hamba yang boleh diperbudak budak kan sampai tidak ada rasa hormat langsung. 

Bayangkan ada ahli parti politik diperingkat bahagian dan cawangan sanggup memperli orang disekeliling mereka sedangkan ada diantara mereka berkenaan berjawatan tinggi yang merendah diri dari ahli parti politik tertentu menjelang pru ke 15. 

Sikap ahli parti politik yang mendabik dada bagai mereka yang sangat berpengaruh dimeja kedai kopi sungguh mengeciwakan orang ramai apa tak lagi menjelang pru ke 15, jika ini ditafsirkan orang ramai bagi pemilihan wakil dun dan wakil parlimen parti berkenaan tidak layak diundi berikutan kegagalan mendidik ahli ahli mereka bersikap sopan santun dan berbaik semua rakyat. 

Luahan beberapa warga yang berniaga sendiri bagi mengulas sikap sebilangan ahli parti politik menjelang pru ke 15 dalam langkah mereka mendekati dan meraih sokongan rakyat namun sikap memandang rendah sebilangan rakyat didepan mereka. 

Perilaku ini harus dihentikan oleh ketua ketua parti diperingkat bahagian jika mereka mahu menang besar dalam pru ke 15, namun sebaliknya jika gagal menasihati ahli ahli parti yang angkuh dan meninggi diri dengan orang ramai dihadapan mereka elok membatalkan hasrat melobi menjadi calon pru ke 15 jelas rakyat yang ditemui. Oleh. Jopis Anak Lagau 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan