Selasa, 25 Oktober 2022

CANTAS KETING DIRAMAL BERLAKU?

Oleh. Jaitos Dumiri 

Sabah. Sebanyak 25 kerusi parlimen dipertandingkan dalam negeri Sabah pada pru ke 15 melibatkan pelbagai parti politik demi memilih Ahli Parlimen bagi pembentukan kerajaan Malaysia pada 19 November 2022. 

Bagi negeri Sabah Pakatan Harapan terdiri dari Amanah, Parti Keadilan Rakyat, DAP dan UPKO bakal bertanding dengan Parti warisan Sabah, Parti Barisan Nasional kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan ada juga desas desus Parti KDM mahu solo bertanding beberapa kawasan parlimen. 

Kebimbangan sebilangan pemimpin parti politik Sabah ialah amalan Cantas Keting dengan mensabotaj calon yang dipilih parti jika bukan kumpulan dari orang orang tertentu pasti akan berkurangan sokongan mereka.

Amalan Cantas Keting merupakan sentiasa terjadi diperingkat bahagian akibat ketiadaan ketelusan mereka yang tidak terpilih menjadi calon dalam kawasan parlimen berkenaan, calon yang parti pilih adalah berpengaruh disamping disenangi rakyat jelata namun bila berlaku Cantas Keting penyokong mereka berkurangan berpinah sokongan parti kepada calon parti lawan.

Antara luahan yang dilontarkan oleh pengundi Sabah sebaik mendengar bisikan beberapa pemimpin politik bahagian bersedia Cantas Keting jika bukan dari parti mereka yang terpilih calon pada 5 November 2022 akan datang.

Setakat berita ini ditulis hanya penyokong dan ahli parti kompenan BN khususnya UMNO belum ada khabar mengamalkan budaya Cantas Keting terhadap calon dari kompenen mereka yang terpilih menjadi calon pada 5 November 2022 jelas mereka.

Kebanyakan rakyat Sabah keciwa dengan desas desus bakal berlaku Cantas Keting pada pru ke 15 terutama dalam pertandingan melebihi 6 penjuru dalam kawasan parlimen mereka supaya pengundi akan berpecah belah tegas mereka. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan