Khamis, 13 Oktober 2022


 SABAH BEBAS BERSESAK TANPA MASK ? 

Oleh. Norsham Tukirin 

Sabah. Rakyat negeri ini selamba bersesak sesak tanpa memakai MASK dikalangan individu ibu ibu serta lelaki muda mudi dimana juga pasar tani dan tamu mingguan bagaikan mereka sudah kebal melawan virus covid 19. 

Tidak terbayang jika ibu ibu dan lelaki muda  ini dijangkiti atau pengidap virus covid 19 bagaimana nasib orang lain yang mengunjungi pasar tani mahupun tamu mingguan sudah pasti penyakit tersebut bakal meningkat kepada ribuan orang dalam sehari bagi negeri Sabah ujar orang ramai yang ditemui.

Meninjau kepada kes orang bersesak tidak memakai MASK rasa terkilan juga adakah mereka ini pernah mendengar warta berita yang kerajaan siarkan setiap jam dan harian bercetak keperluan memakai MASK jika bersesak ditempat awam bagi mengelak penularan semula virus covid 19 ungkap rakyat ditamu mingguan yang ditemui. 

Pihak kesihatan sedunia juga belum mengistiharkan virus covid 19 sudah hilang dimuka bumi ini malah masih ramai jangkitan dan kematian setiap hari dipelusuk dunia ujar penduduk yang ditemui dekat sini.

Pendedahan ini memberi peringatan kepada seluruh Sabah agar meneliti siaran berita setiap siaran  sejam dan betapa penting nya memakai mask ditempat orang ramai bersesak setiap masa agar terlindungi dengan covid 19. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan