Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Politik DAP panas lagi berikutan desas desus YB Ronnie Liu bakal meninggalkan parti tersebut dalam sedikit masa lagi berikutan sumber maklumat tidak sehaluan dengan beberapa kepimpinan DAP.
Ramai meramalkan pengaruh YB. Ronnie Liu dikalangan masyarakat Cina masih kuat dengan kelantangan nya mempertahankan Parti DAP untuk kaum Cina disamping teguran nya keatas Tun Dr. Mahathir Mohammad tidak lama dahulu.
Beberapa sumber yang rapat dengan DAP percaya ramai parti pembangkang yang berminat menerima YB. Ronnie Liu menyertai parti mereka jika beliau tetap dengan keputusan nya meninggalkan DAP kelak.
YB. Ronnie Liu telah menang besar kejawatan Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada bulan March 2022 dan beliau juga Adun Sungai Pelek masa kini dengan penyertaan dalam DAP dalam era 1989 menurut sumber parti DAP.
Apapun langkah YB. Ronnie Liu jika terjadi meninggalkan DAP pasti kaum Cina masih menghargai perjuangan beliau dalam konteks membela masyarakat Cina didalam perjuangan parti berteraskan etnik Cina.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan