Jumaat, 7 Oktober 2022

BAGAIMANA MISI UMNO BN DIAKAR UMBI?  

Oleh. Basron Kirwan 

Umno dan Barisan Nasional Sabah perlu memerhati kedudukan mereka didalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berikutan GRS merupakan bersekongkol lagi dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sehingga berita ini ditulis. 

Dalam konteks agihan kerusi Parlimen berapa kah GRS agih dengan BN seperti impian Umno BN pusat?, persoalan ini masih samar dimata kepimpinan UMNO BN pusat namun penyokong BN sudah menduga ini lah langkah GRS Sabah pimpinan PPBM berkerjasama dengan UMNO BN Sabah. 

Umno dan BN Sabah dipercayai berhadapan saat getir jika GRS bakal menguasai pemilihan calon didalam pru ke 15 akan datang apa tak lagi GRS Sabah masih dikuasai oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia ungkap penyokong BN negeri ini. 

Sejak kebelakangan ini penyokong UMNO BN SABAH  tertanya tanya matlamat GRS pimpinan PPBM mengajak UMNO BN berkerjasama tanpa menjelaskan jumlah kerusi yang diagihkan pada mereka sebaik parlimen dibubarkan malah rakyat jelata Sabah terus bermain teka teki berhubung kedudukan mereka dalam pilihan raya kelak.

BN Sabah berharap kedudukan mereka memperolehi kerusi lengkap didalam pilihan raya ke 15 dapat ditunaikan oleh seluruh kepimpinan gabungan rakyat  Sabah sebaik sahaja parlimen dibubarkan ujar mereka.




 Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan