Ahad, 9 Oktober 2022

BANJIR DISANA SINI 

Oleh. Helary Sukiono 

Makkasar. Musim tengkujuh yang melanda negara negara serantau masa kini terus menjejaskan laluan jalan raya yang memasuki pelbagai kampung kawasan luar bandar sehingga sukar dilalui kenderaan kecil.

Kepayahan sangat terasa bagi perkampungan yang tidak memiliki jalan jalan alternitif semasa musim banjir menyebabkan terpaksa menunggu sehingga hujan teduh dan air banjir surut diatas jalan raya.

Kebanyakan jalan raya yang dinaiki air banjir kawasan mukim Makkasar adalah tanah tanah rendah dan kurang penyelanggaraan saliran perparitan ungkap penduduk kampung yang ditemui. 

Sepanjang musim tengkujuh warga penduduk yang tinggal dikawasan tanah rendah dan berhampiran dengan saliran sungai diarahkan berjaga jaga oleh pihak berkuasa tempatan, penduduk terlibat juga harus berhubung sentiasa para pemimpin dan pihak berkuasa tempatan jika kawasan mereka dinaiki air demi mendapat pemindahan yang lebih selamat. 

Antara jalan raya yang dinaiki banjir melibatkan laluan jalan raya menuju perkampungan Barakah akibat hujan yang melanda sejak beberapa hari yang lalu walaupun sesekali berhenti sekejap sekejap.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan