PENYOKONG UMNO SABAH KELIRU ?
Oleh. Gifkir Aming
Sabah. Ramai penyokong UMNO keliru dengan kerjasama yang diungkap GRS terhadap UMNO terutama sebaik Parlimen dibubarkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia 10 Oktober 2022 lepas.
Penyokong UMNO Sabah keliru berikutan beberapa pemimpin parti politik didalam gabungan rakyat Sabah terus menafikan sokongan mereka keatas calon calon parti Umno yang disiarkan didalam beberapa akbar tempatan Sabah beberapa hari lalu.
Penyokong UMNO Sabah bimbang jika kenyataan beberapa pemimpin parti politik didalam gabungan rakyat Sabah mengotakan kata kata mereka tidak berkerjasama dengan calon UMNO pada pru ke 15 seperti kenyataan akbar mereka Calon Calon UMNO BN Sabah bakal terperangkap dengan kerjasama berkenaan tegas penyokong UMNO BN Sabah.
Sehubungan dengan beberapa kenyataan terbuka pemimpin politik dalam gabungan GRS yang tidak mahu berkerjasama dengan UMNO pada pru ke 15 terutama calon calon UMNO perturunkan, pemimpin UMNO DAN BN Pusat perlu mengkaji perkara kerjasama dengan GRS yang masih mengelirukan wujud musuh dalam selimut mencabar UMNO Sabah sendiri.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO merangkap Pengurusi Barisan Nasional harus meneliti beberapa kenyataan terbuka pemimpin parti politik dalam GRS sebelum penamaan calon bermula, jika tidak calon UMNO Sabah dan Barisan Nasional bimbang akan diboikot beberapa pemimpin dalaman didalam GRS terlibat dimasa pengundian pilihan raya kelak tegas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan