Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Perjuangan pemimpin PAS terus bermain dua langkah berkerjasama dengan PPBM dan mahu juga berkerjasama dengan UMNO didalam pru ke 15 akan datang.
Dengan langkah perjuangan parti PAS ini bagaimanakah langkah yang akan dicatur oleh PPBM bersama UMNO bersama sekutu kompenen mereka seperti Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang saling mempertahankan agenda perjuangan masing masing.
Dalam langkah PAS ini jika diterima oleh UMNO BN dan PPBM Perikatan Nasional mereka (Pemimpin PAS) mengharap memperolehi dua sokongan pada pru ke 15 antara penyokong BARISAN NASIONAL dengan penyokong PERIKATAN NASIONAL dalam menghadapi pru ke 15 akan datang.
Agenda perjuangan pemimpin PAS telah melihat jauh kehadapan keperluan mereka meraih sokongan dengan penyokong tegar BARISAN NASIONAL dan penyokong tegar PERIKATAN NASIONAL kearah mendepani pru ke 15 akan datang.
Keputusan UMNO BARISAN NASIONAL dan PPBM PERIKATAN NASIONAL dalam menimbang sama ada menerima tawaran kerjasama PAS berkenaan atau menolak hanya kepimpinan tertinggi gabungan kedua dua kompenen yang layak memberi jawapan tawaran pemimpin tertinggi parti PAS tersebut.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan