Khamis, 20 Oktober 2022

PH PERTARUH PKR SEPANGGAR? 

Oleh. Gifkir Aming 

Pakatan Harapan mempertaruhkan calon dari PKR bagi bertanding kerusi Parlimen Sepanggar dalam pru ke 15 menurut sumber sahih dari kepimpinan PH negeri Sabah hari ini. 

Pakatan Harapan Parlimen Sepanggar dianggotai oleh Parti PKR, DAP, UPKO dan AMANAH namun diputuskan agihan kerusi kepada PKR walaupun belum diumum nama pemimpin PKR yang terpilih sebagai calon ujar beberapa pemimpin PH yang ditemui dekat sini. 

Sehingga beberapa minggu lalu ramai meramalkan UPKO bakal  bertanding  dikerusi Parlimen  Sepanggar mewakili Pakatan Harapan namun kini ia telah dikuasai dari kepimpinan PKR  menurut sumber kepimpinan PH Sabah dekat sini.

Ini jelas PH akan bertembung dari WARISAN, GRS, GTA, BN serta ada juga yang melaporkan calon dari BEBAS kawasan tersebut dalam pru ke 15 dalam bulan November 2022 cukup panas kerusi Parlimen Sepanggar ujar penduduk setempat. 

Seandainya GRS BERSATU dan UMNO BN berkerjasama hanya meletak satu calon sekalipun kerusi Parlimen Sepanggar namun saingan meraih undi rakyat setempat bukan muda dalam percaturan beberapa parti yang bertanding dalam kawasan tersebut. 

Apapun pengundi parlimen Sepanggar mengharapkan persaingan calon calon dalam parlimen Sepanggar sihat dan mengutamakan semua suara rakyat yang mendambakan pemimpin memahami kepentingan penduduk setempat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan