Khamis, 20 Oktober 2022

BN PERLU PELAPIS TAWAN DUN INANAM 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Kerusi Dewan Undangan Negeri Inanam yang dikuasai PKR dari Pakatan Harapan boleh ditawan Barisan Nasional jika membentuk pemimpin pelapis kepimpinan baharu bermula dari sekarang. 

Barisan Nasional perlu menggaris pemimpin yang bersikap terbuka kepada semua rakyat tanpa memilih orang orang kroni mereka diperingkat akar umbi sehingga diberi sokongan segenap lapisan pengundi KDM (bukan Islam) serta pengundi Cina dikawasan tersebut. 

Kerusi Dewan Undangan Negeri Inanam telah diperuntuk kepada PBS semasa masih didalam Barisan Nasional namun sampai masa kini BN belum memilih pengganti PBS memulihkan sokongan pengundi setempat terhadap BN tanpa berbelah bahagi. 

Kerusi DUN Inanam masa kini dikuasai wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat didalam Pakatan Harapan, namun jika Barisan Nasional  tidak mengambil langkah proaktif bagi mendampingi seluruh pengundi kerusi DUN tersebut diramalkan antara Warisan Sabah atau GRS  boleh bersaing merebut kerusi Dun tersebut dalam pilihan raya negeri akan datang. 

Kru Media Terkini yang pernah membuat tinjauan di Dun Inanam dimaklumkan pengundi KDM dan CINA sememangnya tetbanyak dikawasan tersebut,  turut mengintai Kerusi Dun Inanam masa kini ialah Parti Warisan Sabah, Gabungan Tanah Air Ku, Parti Bangsa Malaysia, Parti KDM Malaysia dan Parti Barisan Nasional. 

Sumber dari pengundi Dun Inanam melaporkan MCA DAN PBRS boleh memulakan langkah memilih pemimpin yang mesra rakyat dan berkerjasama semua pihak bagi meraih sokongan pengundi setempat, sikap pemimpin parti terdahulu yang senyap dan bersendirian menemui rakyat tanpa kerjasama dengan semua pihak hanya menyakitkan hati seluruh pengundi yang kekal memerhati kejayaan parti politik setempat tegas mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan