Selasa, 25 Oktober 2022

PENGGUNA JALAN SOMINDO BY PAS BERWASPADA  

Oleh. Norsham Tukirin 

Semua pengguna jalan raya Telipok By Pass Somindo Logkou Baru Ke Kiulu dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada melintasi lereng bukit  SOMINDO agar dijauhi dari musibah kemalangan seumpama (Kereta Masuk Parit Gambar) dekat sini hari ini. 

Kebanyakan pengguna jalan raya terlibat melaporkan sudah beberapa kes kejadian kemalangan dikawasan tersebut, antaranya Truk Angkatan Tentera tergolek ke tebing bukit bawah jalan raya, Kenderaan Pelancong dan Lori Lembaga Industri Getah Sabah.

Kerajaan Sabah wajib memasang notis peringatan disepanjang laluan jalan berbukit tersebut agar semua pemandu yang melintasi laluan terlibat akan sentiasa berwaspada demi keselamatan nyawa pemandu dan penumpang dikawasan berkenaan.

Penduduk sekitar juga mendedahkan kawasan berbukit setempat ada KERAS DAN BERSEJARAH sejak dahulu lagi, namun disebabkan tidak ada laluan jalan raya lain dikawasan tersebut maka terpaksa lah pihak pemimpin kerajaan dan kontraktor membina dikawasan berkenaan.

Untuk langkah awalan, sesiapa yang menggunakan jalan raya setempat periksa kenderaan masing masing terlebih dahulu sehari sebelum melintasi jalan raya berkenaan, pemandu juga dinasihatkan membaca doa mengikut agama masing masing bagi memohon perlindungan sepanjang melalui jalan tersebut menuju ke Kiulu. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan