PARLIMEN KEINGAU PERLU CALON BAHARU
Penduduk Parlimen Keningau menggesa Barisan Nasional dan GRS memberi peluang calon muka baharu disini dalam pru ke 15 akan datang sebagai menghalang parti
pembangkang menawan kerusi tersebut pada 19 November 2022.
Warga Keningau mencadangkan Datuk Jack Nointin dari PBRS sebagai calon bagi mendepani calon PH, Warisan dan KDM yang dilapor mengintai kerusi Parlimen Keningau ujar mereka hari ini.
Parlimen Keningau memiliki pengundi Kadazan, Dusun, Murut, Cina serta pengundi bumiputera Islam yang merayu kepada kerajaan Barisan Nasional bertindak berani memberi laluan kepada calon yang disuarakan oleh rakyat pengundi parlimen Keningau tegas mereka.
Dalam konteks mendepani pengundi muda mudi masa kini antara 18 hingga 21 tahun pembaharuan calon memerlukan keberanian serta pengorbanan dikalangan pemimpin veteran demi meraih kemenangan pengundi muda ujar warga Keningau.
Hanya pengundi muda mudi kawasan parlimen Keningau sahaja yang boleh menentukan halatuju undi mereka pada 19 November 2022, tidak ada jaminan undi mereka berpihak mana mana calon yang kurang memahami minda generasi berkenaan apa tak lagi dalam zaman it masa kini yang kerap menjadi rujukan mereka.
Sehingga berita ini ditulis Kru Media Terkini gagal menghubungi Datuk Jack Nointin bagi mendapat pandangan beliau dengan usul yang dikemukakan beberapa penyokong BN kawasan Parlimen Keningau.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan