Ahad, 30 Oktober 2022

DUNIA TERUS DIGANYANG COVID 19 

Oleh. Huzera Ben 

Itali. Hampir 3 tahun dunia mendepani virus covid 19 kini merekodkan kematian berjumlah 6,588,602 orang manakala kes mencatatkan jumlah 629,985,701 orang walaupun dunia telah memberi suntikan vaksin sampai 2 kali dos penggalak selepas dos pertama dan dos kedua.

Amerika Syarikat mencatatkan kematian 1,066,049 orang dengan angka jangkitan 97,209,215 orang, ia disusuli negara India dengan kematian 529,016 orang manakala jangkitan berjumlah 44,652,256 orang serangan covid 19 sehingga hari ini. 

Bagi negara Perancis kes kematian serangan covid 19 berjumlah153,295 orang manakala jangkitan berjumlah 35,782,940 orang, disusuli negara Jerman dengan angka kematian 153,544 orang manakala jangkitan berjumlah 35,571,130 orang.

Turut mencatatkan kematian serangan covid 19 ialah negara Brazil berjumlah 687,962 orang manakala kes jangkitan berjumlah 34,815,258 orang, negara United Kingdom mencatatkan kematian berjumlah 209,208 orang manakala jangkitan berjumlah 23,898,485 orang sehingga hari ini. 

Sampai bila virus covid 19 dapat dimusnahkan oleh pakar pakar perubatan dunia dengan VAKSIN YANG TELAH DISUNTIK KEDALAM BADAN manusia sejagat? sampai hari ini belum ada sebarang petanda virus covid 19 mampu dimusnahkan dari muka bumi ini atau adakah ianya kekal dimuka bumi sepanjang hayat dedah warga negara maju yang tertinggi kematian serangan covid 19. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan