Jumaat, 28 Oktober 2022

BARISAN MEMBELI MINYAK PEK PLASTIK 

Oleh. Norsham Tukirin

Telipok. Akibat membeli peket plastik minyak masak yang disubsidi RM2.50 orang ramai berbaris panjang didepan kedai bagi membeli minyak berkenaan. 

Sebaliknya dalam barisan panjang orang ramai memperolehi minyak masak RM2.50 setiba dikaunter jualan sangat keciwa bila dkenakan harga RM3.00 sepeket bagai melanggar harga yang disubsidikan oleh kerajaan Malaysia ujar orang ramai.

Perbuatan para peniaga ini sangat mengeciwakan orang ramai dikawasan Telipok terutama menjelang pilihan raya ke 15 pada 19 November 2022, malah ianya juga bakal dijadikan senjata parti lawan bagi menyalahkan pemerintah yang gagal mengawal kadar harga barangan bersubsidi dinaik harga oleh para peniaga tempatan.

Sehubungan dengan keadan ini pihak berkuasa tempatan haruslah turun padang memantau penjualan yang menaik harga serta menbenarkan orang bukan warga negara membeli barangan bersubsidi berkenaan tanpa melihat dokumen pembeli warga negara atau warga asing lapor warga Sabah.






Nota. Dilarang menbuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan