Khamis, 27 Oktober 2022

TELUR HARGA MENGEJUTKAN 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Jika anda berada diluar Sabah mahu membeli telur 10 biji dalam negeri ini jangan kaget dengan harga antara RM6.80 hingga RM 8.80 sen dalam bulan oktober ini. 

Harga telur 10 biji dipelusuk Sabah dilaporkan sangat mengejutkan bagi warga Sabah namun apakan daya tidak ada tempat mereka mengadu melainkan sekadar membeli sahaja walau berapa pun harganya ujar warga Sabah hari ini. 

Isu harga telur bagi negeri Sabah jika 10 biji di beli RM8.80 bermakna jika 30 biji dibeli berharga RM26.40 sen namun orang Sabah sekadar sedih bagi membayar kenaikan seumpama tanpa mampu bersuara lapor mereka hari ini. 

Dalam konteks harga telur di Sabah kerajaan pusat perlu membantu menyiasat seluruh kedai penjual telur di Sabah agar harga antara RM6.80 HINGGA RM8.80 dapat diturunkan setimpal dengan kadar harga yang sebenar.

Harga Minyak Masak Pek Plastik RM2.50 yang diumum kerajaan kini di Seluruh Kota Kinabalu Inanam Menggatal dan Telipok dijual kedai runcit dengan harga antara RM3.00 hingga RM4.00 sebungkus plastik ujar orang Sabah. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan