Oleh. Basron Kirwan
Kelantan. Kepulangan Azi kepengkuan keluarga selepas diselamatkan Polis Thailand dan Malaysia perlu pemantauan keselamatan oleh keluarga disamping pasukan polis setiap masa bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Saranan Pasukan Polis yang mengiring Azi pulang kepangkuan keluarga selepas pelbagai pemantauan dan kaunseling pasukan polis sepanjang tiba dari Thailand ke Ibu Negara Kuala Lumpur bagi mengurangkan tekanan emosi beliau sepanjang dalam tahanan penculik.
Menurut Polis, keluarga Azi perlu memberi kawalan keselamatan Azi selain dari bantuan Polis setiap masa bagi mengelak sebarang kejadian seumpama dimasa akan datang.
Seluruh keluarga Azi khususnya ibu bapa berasa bersyukur dengan usaha kedua dua pasukan Polis Malaysia dan Thailand yang berjaya menyelamatkan anak mereka disamping mengharap semua pelaku penculikan dapat ditangkap serta dihukum setimpal dengan perlakuan mereka terhadap Azi ujar keluarganya.
Apapun semua warga Malaysia perlu berwaspada dengan kumpulan penyalahgunaan dadah terutama pengedar yang disifatkan tidak berperikemanusiaan dalam pelbagai tindakan musuh perniagaan mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan