Sabtu, 15 Oktober 2022

AHLI BEKAS TENTERA SABAH MOHON DIBERI PERHATIAN 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Ahli ahli bekas perajurit Sabah meminta diberi perhatian oleh Kementerian Pertahanan Bahagian Veteran agar mendapat agihan sama rata setiap bantuan yang diagihkan setiap tahun. 

Golongan terlibat yang bernaung didalam Persatuan Bekas Perajurit Sabah selaku pertubuhan yang tertua didalam Sabah mewakili bekas bekas Tentera Sabah memiliki keahlian yang paling ramai sehingga masa kini namun sering diabaikan sejak beberapa tahun yang lalu.

Ahli ahli didalam persatuan tersebut adalah bercampur dengan bekas Tentera Berpencen serta Tidak Berpencen namun mampu melihat siapa kerajaan Sabah prihatin dan tidak kisah golongan bekas Tentera didalam persatuan tersebut. 

Tahun 2022 yang menanti pilihan raya ke 15 bakal membuka mata semua bekas Tentera didalan persatuan tersebut pada siapa mereka memilih wakil parlimen didalam 26 kerusi yang dipertandingkan bakal terjawab semasa membuang undi kelak ujar kumpulan pertubuhan tersebut. 

Media Terkini dimaklumkan Persatuan Bekas Perajurit Sabah ditubuhkan sejak tahun 1959 dengan beberapa kali bertukar nama sehingga lah hari ini dikekalkan nama Persatuan Bekas Perajurit Sabah. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan