Khamis, 13 Oktober 2022

BERJUANG BERSENDIRIAN 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Sabah. Parti Warisan bakal bertanding solo merebut 26 kerusi parlimen dalam negeri ini dan Labuan amnya pada pru ke 15 kali ini tanpa bergabung dengan mana mana parti. 

Parti Warisan Sabah yang dianggotai pemimpin pelbagai  

etnik didalam negeri Sabah sedang berusaha mendampingi semua suku kaum yang berdaftar sebagai pengundi didalam 26 kerusi parlimen bagi Sabah dan Labuan ujar penduduk yang ditemui. 

Mampukah kepimpinan akar umbi Warisan menemui semua rakyat jelata didalam dan luar bandar sebelum pembuangan undi pru ke 15 ini?, terlalu jauh ramalan yang  perlu dirungkai oleh semua kepimpinan parti parti  politik yang bakal mahu bertanding disetiap kawasan parlimen dipertandingkan.

Dalam situasi kesuntukan masa menemui seluruh pengundi khususnya kawasan luar bandar kepimpin Warisan perlu menggandakan usaha memberi penjelasan perjuangan mereka keatas pembangunan dan ekonomi serta halatuju parti jika dipilih rakyat menerusi ahli parlimen selepas pru ke 15.

Sehingga berita ini ditulis kebanyakan penyokong parti warisan sahaja yang berjaya ditemui dimana kepimpinan bahagian dan pusat mereka belum sempat ditemui dalam mendapat matlamat perjuangan mereka yang lebih terperinci jika memenangi kerusi parlimen mereka. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam  akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan