Jumaat, 21 Oktober 2022

SIAPA MAMPU TAWAN PARLIMEN PENSIANGAN 

Oleh. Jopis Anak Lagau

Nabawan. Percaturan politik Parlimen Pensiangan dilaporkan panas berikutan Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah dijangka bakal  bertanding kerusi Parlimen tersebut dalam pru ke 15 dalam penamaan calon pada 5 November 2022. 

Selain maklumat Pertembungan 3 penjuru diparlimen Pensiangan terdapat juga beberapa parti tempatan Sabah yang mengintai kerusi tersebut namun sehingga berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan rasmi dikalangan mengintai kerusi parlimen tersebut. 

Kerusi Perlimen Pensiangan dikuasai Parti Bersatu Rakyat Sabah sebelum dibubarkan pada 10 Oktober 2022, namun tidak dinafikan parti pembangkang juga kuat berkempen dikawasan tersebut sejak sekian lama ujar penduduk tersebut. 

Media Terkini dimaklumkan antara parti parti yang mempunyai sokongan dikawasan tersebut ialah Parti Keadilan Rakyat, Parti Warisan Sabah, Parti KDM Maysia serta Parti Bangsa Malaysia.

Media Terkini yang cuba menghubungi Parti Bersatu Rakyat Sabah kawasan Parlimen Pensiangan namun gagal memperolehi jawapan yang diperlukan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan