Isnin, 31 Oktober 2022

BEBERAPA KAWASAN TERPUTUS HUBUNGAN 

Oleh. Williem Anak 

Lagau 

Sabah. Semua pemimpin kampung mahupun daerah perlu bersatu memberi laporan kepada pihak Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri serta menasihati semua penduduk dalam tanggongjawab masing masing agar menjauhi kawasan lokasi banjir dimusim tengkujuh ini. 

Penyebaran gambar 

dan vedio banjir sewajarnya disertakan dengan nota nota peringatan kepada seluruh masyarakat agar berwaspada dan bukan dijadikan sebagai hiburan para penonton dimana derita malah mungkin ramai yang bertarung nyawa mahu menyelamatkan harta benda mahupun nyawa golongan yang terlibat dengan kawasan banjir.

Semua masyarakat yang berhampiran dengan kawasan banjir sewajarnya meminta bantuan pasukan Polis mahupun pegawai pihak berkuasa tempatan agar bantuan keselamatan dapat dihantar kekawasan terlibat secepat mungkin demi keselamatan penduduk kawasan bencana banjir. 

Selain dari itu, para pemandu yang bertugas sepanjang musim banjir perlu berwaspada dengan mendapat maklumat terperinci dari pihak berkuasa tempatan agar tidak bergerak kekawasan banjir bagi membuat kerja kerja penghantaran demi keselamatan nyawa masing masing.

Media Terkini Borneo dimaklumkan banyak kawasan diseluruh Sabah sejak beberapa hari lepas ditenggelami air banjir malah banyak yang terputus hubungan akibat tanah runtuh menimbusi jalan raya, jambatan terputus akibat hakisan banjir besar dikawasaan terlibat namun sehingga berita ini ditulis belum ada kemalangan jiwa dilaporkan oleh pihak berkuasa tempatan.

SEBARANG MAKLUMAT KAWASAN BANJIR BOLEH DISALURKAN KEPADA KAMI DI 01138554026 MASA PEJABAT SAHAJA. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan