Sabtu, 22 Oktober 2022

KERUSI PARLIMEN TENOM PANAS 

Oleh. Norafzah Dollah 

Tenom. Kerusi Parlimen Tenom yang dimenangi Parti DAP pada pru ke 14 yang lalu kini panas berikutan pertembungan beberapa calon didalam pru ke 15 pada penamaan calon 5 November 2022 akan datang. 

Kerusi Parlimen Tenom kini di Intai oleh Parti KDM Malaysia, BN GRS, Parti Warisan Sabah, Parti Kebangsaan Malaysia malah dilaporkan juga terdapat beberapa calon Bebas Kuasa Rakyat bakal bertanding dikawasan tersebut.

Ahli Parlimen DAP Tenom YB. Norita Sual dijangka mempertahankan kerusi tersebut bagi Pakatan Harapan dilaporkan bertembung lebih 4 penjuru pada pru ke 15 November ini ujar penduduk Tenom hari ini. 

Ramalan warga Tenom mendakwa bukan senang DAP mempertahankan kerusi parlimen tersebut jika terdapat calon yang berwibawa mendepani seluruh rakyat Tenom selepas penamaan calon pada 5 November akan datang. 

Apapun sehingga berita ini ditulis, belum ada parti politik Parlimen Tenom mengumumkan bakal  bertanding dikawasan tersebut, namun beberapa pemimpin DAP Sabah mengaku akan mempertahankan kerusi tersebut yang dimenangi pada pru ke 14 yang lepas. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan