Oleh. Tedung Selar
Kuala Lumpur. Sebaik diumum Parlimen Dibubarkan 10 Oktober 2022, mandat memilih seramai 222 kerusi Parlimen seluruh negara telah dikembalikan kepada undian rakyat yang berdaftar sebagai pemilih.
Seperti kenyataan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO dan Pengurusi BN Malaysia, bahawa rakyat perlu diberi ruang memilih pemimpin mereka demi membela masa depan rakyat jelata serta menjamin kestabilan ekonomi negara dalam kerajaan yang berwibawa dan berupaya mentabdir negara dengan maju dan selamat.
Langkah terkini adalah rakyat harus memilih pemimpin parlimen mereka yang benar benar prihatin dan berjiwa rakyat setiap masa tanpa bermusim menemui rakyat dalam tanggongjawab mereka.
Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkam dalam memilih wakil parlimen termasuklah 31 kerusi dari Sarawak dan 25 kerusi dari Sabah akan direbut semua pemimpin parti politik yang bertanding menjadi wakil parlimen.
Adakah semua calon yang mahu bertanding merebut kerusi parlimen dikawasan masing masing telah bersiap lebih awal menemui rakyat jelata bagi menyokong parti yang mereka wakili atau baru mencuba nasib meraih undi disetiap kawasan parlimen masing masing.
Semua ini hanya rakyat jelata seluruh 222 kawasan parlimen yang mampu menjawabnya, setiap calon parti politik yang mahu bertanding dalam parlimen pru ke 15 perlu ada asas membantu dan dikenali rakyat jelata, jika calon terjun atau memilih rakyat yang ditemui sepanjang perjuangan politik mereka necaya rakyat jelata bakal menghukum mereka dalam undi pilihan raya.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan