Selasa, 6 September 2022

BUS MINI KEBAL? 

Oleh. Basron Kirwan

Kota Kinabalu. Semua yang berlaku didepan mata tidak dihiraukan bukan sahaja masyarakat sekeliling malah terlepas pandang pihak berkuasa tempatan sehingga hari ini walau bertahun tahun lamanya  sekadar dipandang mata. 

Perbuatan menjadikan Perhentian Bus sepanjang jalan Kota Kinabalu ke Taman Rugading, Kota Kinabalu ke Putatan  Kota Kinabalu ke Luyang, Kota Kinabalu ke Penampang dan kota Kinabalu ke Indah Permai telah dilakukan sudah bertahun tahun lamanya tanpa ada pemeriksaan terperinci dilaksanakan.

Golongan pemandu Bus Mini juga silih bertukar ganti setiap minggu dengan telatah menjadikan perhentian bus sebagai terminal tetap mereka dan kumpulan sebangsa serta satu kawasan laluan tanpa membenarkan golongan pemandu yang lain menghentikan kenderaan disetiap perhentian Bus lapor orang ramai. 

Perhentian Bus Mini disepanjang jalan raya kawasan Pantai Barat  sering disalahguna pemandu bus mini selaku Terminal persendirian kumpulan sebangsa pemandu bus mini berkenaan namun tidak ada tempat pengguna pengangkutan awam mengadu ujar orang ramai yang ditemui. 

Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pengangkutan perlu menangani kes seumpama demi menghalang Perhentian Bus Mini dijadikan Terminal Tetap sepanjang masa tegas penduduk Sabah. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan