Isnin, 12 September 2022

WARGA 102 TAHUN DILAPOR MENINGGAL? 

Oleh. Huzera Ben

India. Akibat dilapor sudah meninggal dunia sehingga wang pencen diberhentikan Duli Chand 102 tahun membuat perarakan terbuka dengan kereta berhias serta diiringi pancaragam sebagai membuktikan beliau masih hidup. 

Beliau membuat perarakan tontonan umum dari Taman Mansarovar sehingga Rumah Rehat Canail Rohtak  sebagai usaha menuntut semula wang pencen nya bersama keluarga terdekat. 

Beliau juga mendapat simpati masyarakat sekeliling yang melihat usahanya dimana beliau menemui Manish Grover bekas Menteri dan pemimpin parti BJP bagi membantu menuntut semula wang pencen nya.

Dalam konteks seumpama semua pihak pemerintah setiap negara dimana juga berada perlu meneliti isu laporan kematian agar tidak berlaku orang hidup dilaporkan mati demi wang pencen mahupun harta golongan terlibat.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan