Sabtu, 17 September 2022

PRU KE 15 ADAKAH GERAK AKAR UMBI SIAP SIAGA? 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Pilihan Raya kali ke 15 yang diumum hampir tiba sangat


 menarik perhatian seluruh rakyat yang berdaftar sebagai pengundi namun adakah gerak gempur bawahan setiap parti politik sudah bergerak?, ini lah persoalan ketua etnik masyarakat yang ditemui dimana belum ada gerak gempur dikawasan luar bandar bergerak menemui orang orang kampung antara orang tua dan muda mudi walaupun hari hari diumum pru ke 15 sudah hampir tiba. 

Presidan UMNO Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan masa kini hampir tiap hari melaungkan perlu gerak kerja akar umbi bagi meraih sokongan keatas Barisan Nasional namun warga luar bandar terus menunggu jentera BN mendekai mereka disetiap beberapa bahagian sehingga berita ini ditulis. 

Bagi negeri Sarawak Gabungan Parti Sarawak tidak bermasaalah bagi meraih sokongan padu dikalangan rakyat mereka walaupun terdapat parti pembangkang membentuk gabungan mereka namun dilaporkan warga negeri tersebut GPS masih teguh dihati rakyat jelata.

Untuk rekod bagi Sabah yang dilaporkan KRU MT dipelusuk negeri tersebut, rakyat masih keliru dengan situasi politik Sabah dimana hendak disokong, Barisan Nasional  kah atau Perikatan Nasional? Sekarang timbul lagi Gabungan Rakyat Sabah yang diketuai oleh PPBM sedangkan Barisan Nasional terus dengan kompenen mereka, ini memberi peluang kepada Parti Warisan dan Pakatan Harapan membisik daya pengaruh politik mereka.

Dalam kerancakan politik semasa muncul pula Gabungan Tanah Airku yang dilaungkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai agenda perjuangan orang Melayu dalam PRU ke 15 dimana berhasrat mahu berkerjasama dengan Parti WARISAN Sabah dalam pilihan raya ke 15 kelak. 

Sehingga berita ini ditulis dilaporkan jentera parti pembangkang cukup aktif menemui rakyat berbilang kaum sejak awal tahun 2022 lagi, manakala delema rakyat Sabah terus keliru dengan perjuangan Gabungan Rakyat Sabah adakah mereka seperjuangan dengan Barisan Nasional dalam pilihan raya ke 15 akan datang soal penduduk Sabah.

Jika BN di seluruh Semananjung Malaysia tidak berkerjasama dengan Perikatan Nasional serta Maufakat Nasional antara PAS dan PBPM bagaimanakah nasib BN Sabah dengan Gabungan Rakyat Sabah pimpinan PPBM masa kini bagi memberi penerangan rakyat berdaftar selaku pengundi  khususnya dibawah umur 24 tahun jelas orang orang Sabah hari ini. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan