Oleh. Basron Kirwan
Sabah. Pengguna pengangkutan awam Bus Mini marah dan keciwa dengan pemandu Bus Mini (Gambar Ini) yang bukan sahaja menunggu penumpang berjam malah membunyikan hon bertalu talu bus mini nya di Inanam depan Telikom hari ini.
Pemandu Bus mini ini juga langsung tidak menghormati penumpang diperhentian bus dan dalam bus nya kebisingan hon memanjang memanggil penumpang umpama warga Sabah tidak reti membaca tulisan bus mini mereka tegas orang Inanam.
Sebilangan pemandu berlagak sombong dan biadap terhadap golongan penumpang diperhentian Bus perlu DIBOIKOT JANGAN MENAIKI BUS MINI mereka sepanjang masa supaya mereka insaf dan memperbaiki perilaku sebagai pemandu pengangkutan awam Sabah.
Para pemandu Bus Mini orang asli Sabah tidak perlu takut dengan pemandu bus mini yang biadap, samseng, bongkak dan sentiasa mengugut pemandu lain jika penumpang memilih bus lain dinaiki sekitar perhentian bus yang sama, memandangkan hak memilih pengangkutan awam adalah hak penumpang itu sendiri dan bukan diugut pemandu bus menurut perundangan negara ini.
Untuk rekod, banyak aduan pemandu bus mini diugut pemandu Bus Mini lain jika mereka dipilih penumpang untuk dinaiki, ini menjadi kebimbangan para pemandu orang asli Sabah bila mana mereka lebih kerap mendapat ugutan sepanjang jalan mencari reziki jelas mereka lagi.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan