Jumaat, 23 September 2022

KEBENARAN TERBUKTI PEMIMPIN NOMBOR SATU BEBAS 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Kuala Lumpur. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Pengurusi Barisan Nasional Malaysia dibebas dan dilepaskan kepada 40 pertuduhan rasuah hari ini Jumaat 23 September 2022 membuktikan tuduhan kerajaan 22 bulan tidak benar katanya hari ini.

Barisan Nasional terus berjuang bersungguh sungguh dalam memperkasa perjuangan memulihkan sokongan rakyat jelata berdaftar sebagai pengundi agar terus sama sama mengembalikan pengaruh dan kekuatan sokongan rakyat keatas kepimpinan yang mengutamakan rakyat berpendapatan rendah.

Pembebasan dan pelepasan 40 kes yang dipertuduhkan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia agar semua mereka memahami betapa tinggi cubaan mengaibkan pemimpin tersebut selaku Presiden UMNO merangkap Pengurusi Barisan Nasional seluruh Malaysia hari ini.

Semua penyokong BN seluruh negara harus mengetahuinya serta menyampaikan nya kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Sarawak dan Sabah amnya agar seluruh warga Malaysia memahami badan kehakiman yang telus menghakimi Presiden Umno merangkap Pengurusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dituduh 40 pertuduhan.

Seluruh rakyat Malaysia harus membuka  minda bagi menerima segala ketetapan panel kehakiman negara membebas dan melepaskan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tanpa sebarang pengaruh golongan musuh politik Barisan Nasional sepanjang masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan