Jumaat, 16 September 2022

PENGGERAK KERJA PBRS TERUS MENARIK SUARA 

Oleh. Jasly Dollah 

Inanam. Tiada rakyat menafikan usaha dan kerjaya penggerak jentera Parti Bersatu Rakyat Sabah dikawasan N. 18 Inanam sejak memulakan langkah di Kg. Dambai bersama seluruh penduduk sekitar minggu kepas.

Ini ditegaskan oleh En. Tinsong Taysan penduduk Mukim Inanam (gambar

atas) dalam pertemuan Media Terkini di Kg. Kironggu dekat sini sebagai mengulas kunjungan En. Paul Paut di Kg. Dambai dengan himpunan lebih ramai orang 
menemuinya yang dilaporkan langkah pertama didalam PBRS, rakyat berbilang kaum sememangnya mahukan pemimpin yang berkerja menemui rakyat jelata dengan kemampuan luar biasa meluang masa mendapat maklumat segala permasaalahan rakyat apa tak lagi diluar bandar jelasnya.

Menurut Tinsong Taysan, En. Paul Paut walaupun baru didalam PBRS dinegeri ini namun beliau sudah membuktikan kerja turun padang mendampingi segenap lapisan rakyat berbilang kaum dan agama di Kampung Dambai Inanam ujar beliau. 

En.Tinsong Taysan optimis seluruh rakyat N. 18 Inanam mampu menerima kerjaya En. Paul Paut menerajui kepimpinan di Dun Inanam jika PBRS meletak perjuangan beliau bermula dari sekarang sehingga prn Sabah akan datang katanya.

Sejak beberapa hari lalu, En. Paul Paut mendapat pelbagai panggilan ke kampung kampung namun beliau masih banyak komitmen lain yang perlu diurus sebagai kerjaya utama beliau membuatkan masa terpaksa dibahagi bahagikan bersama seluruh perjuangan terhadap rakyat di N. 18 Inanam serta terus memperkasakan PBRS dan BN dalam negeri ini. 

En. Tinsong Taysan berharap suatu masa En. Paul Paut dapat meluangkan masa menerima kunjungan beliau bagi bertukar pandangan mengenai halatuju senario politik rakyat berbilang kaum di N. 18 Inanam jelas beliau.










Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan