Rabu, 28 September 2022

WASPADA BROKER POLITIK 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Sejak beberapa minggu lepas wujud TEM BROKER POLITIK  yang menghimpunkan beberapa kumpulan NGO dan SUKARELA sebagai langkah membentuk cawangan parti politik yang dipersembahkan kepada kumpulan penaja parti politik tempatan.

Matlamat kumpulan terlibat hanya lah mengharap dana kewangan dalam himpunan berkumpulan sukarelawan terlibat namun kesetiaan sokongan terletak dipihak parti lawan menurut sumber terdekat Tem Broker Politik berkenaan. 

Kebanyakan pemimpin baharu yang menonjol dalam politik sering menjadi mangsa broker politik terlibat berdasarkan pengalaman kurang mendepani broker politik apa tak lagi mereka yang baharu berjinak didalam dunia politik semasa. 

Beberapa orang didalam kumpulan badan NGO amnya badan sukarela juga sekadar diperalat oleh Tem Broker Politik bagi mendapat pendamping politik sementara mereka bebas memilih sokongan teguh semasa pilihan raya kelak tanpa ada paksaan memilih calon dikehendaki.

Pendedahan golongan rakan Tem Broker Politik bagi mengingatkan orang ramai agar tidak terperangkap dengan janji kata Tem Broker Pitik yang berusaha membawa orang menyertai perjuangan sementaranya..

Semua rakyat perlu bijak memilih setiap pemimpin cawangan dan bahagian parti politik agar tidak terpilih kepimpinan bermusim sahaja tanpa perjuangan menyeluruh berterusan untuk semua kaum dan lapisan masyarakat sejagat.

(GAMBAR SIARAN INI SEKADAR HIASAN)






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan