Oleh. Gifkir Aming
Sabah. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) perlu memperkasa jentera diperingkat akar umbi cawangan meliputi seluruh kawasan Kedazan, Dusun, Murut, Rungus, Tatana dan Suang Lotud amnya sebagai penyatuan kaum didalan Perjuangan Barisan Nasional sebaik ramai parti menjadi gabungan GRS PBPM masa kini didalam negeri ini.
Diantara yang menyertai GRS PBPM dalam Sabah ialah Parti Bersatu Sabah dan Parti Solideriti Tanah Airku yang mewakili KDM semasa era kegemilangan Barisan Nasional, namun sejak kebelakangan ini pelbagai cabaran yang melanda politik negara termasuklah Sabah kini hanya PBRS sahaja yang dilaporkan kekal parti KDMR bersama dengan Barisan Nasional ujar penyokong parti tersebut.
Parti Bersatu Rakyat Sabah juga perlu bergerak cergas diseluruh kawasan KDMR bermula dari sekarang jika mahu mengembalikan sokongan KDMR terhadap Barisan Nasional dengan semangat kuat bersama seluruh rakyat jelata dengan bantuan semua parti kompenen dari MCA, MIC serta UMNO pasti meraih sokongan penuh didalam 25 kerusi parlimen Sabah.
Menurut sumber maklumat penyokong PBRS Sabah, terdapat beberapa kumpulan yang aktif didalam gerakan mendampingi segenap rakyat jelata namun belum mencukupi unit gerak gempur mereka secara menyeluruh akibat kekurangan jentera yang sangat diperlukan.
Apapun terpulang lah dengan segala jentera yang mampu disusun oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah bagi menyatukan semula KDMR didalam perjuangan Barisan Nasional terutama mendepani PRU ke 15 akan datang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan