KEMENANGAN 38 KERUSI SUDAH DIJANGKA
Oleh. Basron Kirwan
Sabah. Ramai aktivis masyarakat negeri ini sudah menduga kemenangan BN Perikatan Nasional termasuklah PBS dan STAR sejak mula bergerak kempen pilihan raya pada 12 September 2020 sehingga 25 September 2020.
Menurut beberapa aktivis masyarakat Sabah beberapa calon parti tempatan Sabah yang bertanding banyak secara bersendirian tanpa gabungan tewas teruk berikutan tidak mahu berkongsi bersama mana mana parti politik disamping ada unsur unsur kekitaan Sabahan walaupun ramai dikalangan calon calon mereka berurusniaga dengan peniaga peniaga di Semenanjung Malaysia dan luar negara amnya.
Beberapa penulis bebas dari Semananjung Malaysia sepanjang yang meninjau proses PRN Sabah juga mengakui keciwa dengan beberapa calon dan pemimpin parti Gagasan dan PCS yang mendabik dada tidak perlu media luar memandangkan mereka memiliki CYBER NET DAN WATSHAP GROUP bagi memberi sebaran am terhadap seluruh rakyat Sabah tanpa sidang pengarang yang memberi tapisan kenyataan yang berkualiti untuk difahami rakyat berlandaskan peruntukan undang undang sebaran am dinegara Malaysia.
Apapun kejadian sepanjang pilihan raya negeri ini rakyat Sabah terus bermuhasabah diri meneliti kualiti sebaran am yang bukan bertujuan untuk kepentingan peribadi golongan calon tertentu ujar mereka yang ditemui.
Sementara itu beberapa calon LDP yang ditemui berlapang dada dan menerima kekalahan mereka tanpa menyembunyikan hak pemilihan bijak dari rakyat jelata mengundi calon calon yang lebih berwibawa dalam jiwa rakyat jelata yang mengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan