Rabu, 30 September 2020


RAKYAT TAMPARULI SOKONG PENGAGIHAN JAWATAN 

Oleh. Koijul Hairul 

Tamparuli. Penyokong perikatan nasional dan gabungan rakyat Sabah memberi penghormatan penuh kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajijih Haji Mohd. Noor berserta tiga Tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah Dato' Sri Bung Mokthar Radin, Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan dan Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang memberi mandat Datuk Jahid Jahim sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah memperjuangkan khidmat keatas negeri Sabah sebaik sahaja sokongan besar warga Tamparuli memberi kemenangan calon PBS walaupun ditentang beberapa calon parti parti politik lain yang bersaing meraih undi rakyat Dun Tamparuli pada 26 September 2020 lepas.

Demikian kenyataan En. Paranting Lipayan Ketua PDM Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kg. Gaya Ratau dan Kg. Ratau Baru Tamparuli dalam pertemuan Media Terkini sebaik Datuk Jahid Jahim Wakil Rakyat Tamparuli dari PBS diumum Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah selasa lalu.

Paranting Lipayan yakin seluruh rakyat Tamparuli tanpa mengira kefahaman politik berlapang dada menerima keputusan perlantikan tersebut agar bukan sahaja memajukan Dun Tamparuli malah berbakti pada seluruh rakyat dipelusuk negeri Sabah yang melibatkan pelbagai program di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah katanya.

Setinggi Ucapan Tahniah Kepada YB. Datuk Jahid Jahim Wakil Rakyat Dun Tamparuli (PBS) Diatas Perlantikan Menterii Pembangunan Luar Bandar Sabah Pada 29 September 2020. Semoga Sentiasa Memanafaatkan Seluruh Khidmat Bakti Keatas Seluruh Rakyat Tamparuli Malah Seluruh Sabah Amnya.

Daripada, En. Paranting Lipayan Pengurusi Bersatu  PDM Gaya Ratau dan Ratau Baru Dun Tamparuli Sabah.








Nota. Dilarang mencatat sebarang ulasan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan