Sabtu, 5 September 2020

 PRN SABAH PERCATURAN TIDAK MENENTU
Sejak DUN SABAH dibubarkan rakyat jelata mendakwa percaturan politik negeri ini tidak menentu berikutan terlalu
ramai menampilkan diri menjadi calon khususnya dikalangan parti parti kecil Sabahan secara bersendirian, malah ada individu menampilkan diri sebagai calon secara senyap berjumpa perseorangan rakyat jelata dikampung kampung terpencil tanpa diketahui matlamat perjuangan mereka.
Gerakan menemui rakyat secara terbuka hanya diketahui umum antara UMNO, BERSATU, PBS, PAS, PBRS, STAR, MCA, SAPP dan MIC bersama pihak lawan politik WARISAN, UPKO, DAP, PKR dan AMANAH walaupun ramai meramalkan PEJUANG MAHU MENAJA BEBAS masa penamaan calon 12 September 2020.
Desas desus suara rakyat Sabah mendakwa parti kecil turut bertanding ialah PCS (sendirian) GAGASAN (sendirian) USNO BARU (sendirian) PPRS (sendirian) DAMAI (sendirian) LDP (sendirian) tanpa terikat mana mana ahli politik rumpun yang besar.
Kru Edisi Khas Media Terkini cuba berusaha menjejaki para pemimpin tertinggi parti kecil terbabit namun gagal malah ada sebilangan mereka bakal calon mengelak cuba dihubungi menutup telipon dari panggilan ujar masyarakat luar bandar. Pengarang

















Nota. Dilarang mencatat sebarang ulasan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit.  Editor











Tiada ulasan:

Catat Ulasan