Selasa, 1 September 2020

DUN TAMPARULI PANAS DIKEDAI KOPI
Oleh. Gason Dumiri
Tamparuli. Kerusi Dun Tamparuli panas berikutan cerita dikedai kedai kopi umpama air mendidih dikalangan rakyat jetata pelbagai etnik mewakili hampir sepuluh pertubuhan parti politik hari ini masing masing melobi bakal bakal calon mereka yang disebarkan cukup berpengaruh dan mendapat sokongan orang orang kampung, tidak kurang juga mendakwa calon mewakili parti mereka bukan sahaja berjiwa rakyat malah terkenal dengan orang orang politik tertinggi peringkat negeri mahupun persekutuan antara kerajaan atau pemimpin tertinggi parti pembangkang membuatkan ramai rakyat setempat serba salah memilih yang mana satu calon parti yang dipangkah pada 26 September 2020.
Wartawan Siasat Media Terkini yang meninjau parti politik Dun Tamparuli hari ini tidak dipandang kaki politik kedai kopi walaupun memakai baju bersimbol MEDIA TERKINI tulisan merah umpama mereka terlepas pandang atau gagal membaca disekeliling mereka tentunya keghairahan cerita politik mempromosikan bakal bakal calon atau sendiri melobi calon bercita cita menjadi wakil rakyat namun tidak tahu siapa orang asal Tamparuli undi pada masa mengundi nanti jelas warga Tamparuli yang ditemui.







Nota. Dilarang membuat catatan ulasan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit.  Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan