Jumaat, 4 September 2020

 PBS N. 18 SIAP SIAGA PRN SABAH
Oleh. Gason Dumiri
Parti Bersatu Sabah N. 18 Inanam siap
siaga menghadapi pilihan raya negeri pada 26 September 2020 walau apapun propaganda pihak lawan demi menawan semula kerusi tersebut dua penggal berturut turut ditangan PKR dengan harapan wujud permaufakatan seluruh parti PBS, PBRS, UMNO, SAPP, STAR, MCA, PAS, MIC dan BERSATU bagi turun padang menemui rakyat pengundi diperingkat akar umbi mengembalikan sokongan mereka demi mempertahankan kerusi tersebut milik bersama.
Dalam menghadapi PRN Sabah kali ini Dun Inanam harus ditawan semula secara kerjasama walau siapapun dicalonkan dalam kepimpinan PBS setempat walaupun melibatkan muka baru termasuklah dikalangan veteran atau generasi muda mudi semua rakan dalam parti politik perlu bergabung tenaga memberi sokongan dan memberi keyakinan pada rakyat pengundi bersama sama memberi kemenangan menebus kerusi dikawasan tersebut.
Antara luahan sebilangan ahli ahli PBS yang ditemui dalam satu perjumpaan tertutup diperkarangan rumah kediaman Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 Parti Bersatu Sabah Bahagian N. 18 Inanam di Kg. Minintod dekat sini.
Turut hadir pada majlis tersebut termasuklah Fridoline Totin Bangon Ketua Bahagian PBS N. 18 serta seluruh kepimpinan PBS peringkat bahagian Inanam dan ahli ahli parti sebagai langkah menyusun jentera persiapan menghadapi pilihan raya yang dilaporkan gerak gempur disusun Ajis Dyonisius Lobinson bersama seluruh kepimpinan bahagian dan ahli ahli PBS diperingkat akar umbi mereka.











Nota. Dilarang membuat ulasan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan