Jumaat, 4 September 2020

 LDP UNTUK SEMUA KAUM 
Oleh. Marjomi Jo
Kota Kinabalu. Parti LDP yang didominan etnik Cina semasa tampok kerajaan BN dahulu kini mula disertai etnik bumiputera
pelbagai kaum beragama Islam mahupun bukan beragama Islam sejak parti tersebut keluar dari parti kompenan BN pada tahun 2018.
Perjuangan LDP masa kini menarik minat ramai etnik dikalangan Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Lotud, Samah, Brunei, Kadayan, Tatana, Sungoi malah mula memasuki pengaruh sehingga ke Kunak Tawau dan Kalabakan.
Seandainya Presiden LDP memberi ruang pemimpin KDMR dan Pemimpin Melayu sekalipun bertanding dalam pilihan raya Sabah pada 26 September 2020 tidak ada halangan rakyat jelata memberi sokongan undi pada calon calon terpilih asalkan kerja keras turun padang menemui rakyat jelata penuh hebahan menyeluruh sebagai keyakinan pengundi seluruh Sabah.
Berdasarkan sikap kepimpinan LDP yang mesra dengan media tempatan Sabah mahupun media nasional Kuala Lumpur khususnya berbahasa Melayu amat jelas muda difahami rakyat berbilang kaum khususnya dinegeri Sabah.
Kru media terkini yang meninjau penyokong LDP baru baru ini yakin jika parti tersebut bertanding dikawasan KDMR dan pengundi Majoriti Islam sekalipun dengan memilih calon terbaik dan bersikap terbuka dengan semua pihak pasti memperolehi sokongan ramai, namun perlu diperhalusi pilihan calon agar tidak terpilih golongan yang berdarjat tinggi sehingga lupa sebilangan rakyat jelata yang tidak setaraf dengan mereka sudah pasti mampu mencatat hilang daya sokongan rakyat jelata dalam masa membuang undi pada 26 September 2020 depan.









Nota. Dilarang mencatat ulasan dalam akbar ini tanpa mendapat kelulusan dari pihak penerbit. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan