Rabu, 16 Ogos 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
MASAALAH DISANA SINI?
Sabah.  Kemelut kumpulan kanak kanak berkeliaran terlalu ramai tanpa halatuju yang sempurna melibatkan kebimbangan orang ramai jika mereka (kanak kanak) ini diperalat pihak tertentu kearah sesuatu tujuan yang tidak sihat demi kepentingan orang orang tertentu tanpa disedari masyarakat sekeliling, selain masaalah kanak kanak berpeleseran timbul lagi beberapa masaalah terhadap beberapa pemandu Bus Pengangkutan yang sesuka hati meletak harga tambang ikut suka hati tanpa mematuhi notis dari LPKP yang bertanggongjawab menentu sahkan kadar tambang pengangkutan awam.
Kedua dua kes seumpama diminta pihak bertanggongjawab bagi menyelesaikan permasaalahan ini agar tidak menjejaskan imej negeri apa tak lagi melibatkan diri sendiri menaik kadar tambang pengangkutan awam sebelum LPKP atau kerajaan meluluskan nya, bagi kanak kanak jalanan berkeliaran dalam kumpulan yang ramai perkara mustahil ibu bapa kanak kanak terlibat kurang mengawasi anak anak mereka (warga asing/pati) sehingga mencemarkan pemandangan dikalangan orang asing berpanjangan.
Antara pendedahan Galdoven Mofikin dari Menggatal dalam pertemuan media terkini sebagai mengulas apa yang berlaku disekitar Bandar Raya Kota Kinabalu sejak beberapa tahun yang lalu namun ianya bagai tidak berpenghujung malah semakin bertambah setiap bulan terutama dikalangan mereka yang status kerakyatan meragukan, kanak kanak jalanan dan pemandu pengangkutan awam seperti Bus Bus Mini sesuka hati menaik kadar tambang juga bagai tidak ada langkah langkah pengawalan terutama para pemandu sendiri yang menulis notis kadar kenaikan tambang dan bukan daripada LPKP  termasuklah kanak kanak jalanan yang bagai tidak terdapat kawalan sehingga berlarutan salahlaku sepanjang tahun tanpa sekatan bergerak dipelusuk negeri ini.
Sama sama lah kita bersuara demi masa depan nama baik tanah air kita bersaing status terhadap seluruh negara yang telah lama mengecapi kemajuan pembangunan dan ekonomi tanpa terdapat golongan rakyat yang ketinggalan pada masa kini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan