Khamis, 17 Ogos 2017


Oleh. Jasly Dol
KEMERDEKAAN PERLU PENGHAYATAN LEBIH MENDALAM
SABAH. Sebagai masyarakat anak anak negeri yang berbilang bangsa dan agama wajar mengkaji sistem penghayatan sebenar Hari Kemerdekaan mereka setiap Ogos dan September setiap tahun bagi Sarawak dan Sabah demi kefahaman sebenar makna HARI KEMERDEKAAN, masyarakat berbilang kaum tidak seharusnya melupakan sejarah bagaimana perjuangan terdahulu memerdekakan tanah air mereka sehingga kegenerasi muda mudi masa kini diseluruh Sabah  dan Sarawak yang sudah mencapai kemajuan dibandar namun sedang mengimbangi kemajuan pembangunan diluar bandar.
Kemerdekaan Sabah dan Sarawak terdapat perbezaan dalam beberapa laluan pemimpin terdahulu khususnya di Semananjung Malaysia Tanah Melayu namun kini bagai telah dilupakan segelintir masyarakat generasi muda mudi masa kini apa tak lagi golongan yang sengaja melupakan nya walaupun amat penting sejarah diperkasa sebagai rujukan semua  orang Sarawak dan Sabah, selain dari itu Hari Kemerdekaan juga wajar dinilai dalam semua aspek terutama bagi negeri Sabah yang memiliki flug BATU SUMPAH sejak tahun 1963 namun ianya bagai kurang diminati sejarah orang orang muda mudi masa kini terutama penghuni
kota dalam serba kemodenan dengan pelbagai IT tersedia sebagai bahan rujukan setiap hari.
Flug BATU SUMPAH dengan lima terma perjanjian yang tertera mengikut sejarah masyarakat didaerah Keningau terutama yang mengetahui keturunan G.S. Sundang mengaku bahawa BATU SUMPAH (Asal) masih releven jika ada orang yang berusaha mempertahankan nya pada masa akan datang, tidak hairan lah masyarakat hari ini kekal memelihara hari bersejarah Kemerdekaan sehingga 16 September setiap tahun bagi Sabah dan Sarawak penuh kedamaian serta seribu kebanggaan dengan para pejuang tergolong pahlawan dahulu kini dikecapi  penuh permaufakatan.
Kata kata coretan ini diperolehi dari wargatua dari daerah Keningau sepanjang tahun 2017 semasa jelajah media terkini dikawasan tersebut meliputi Tambunan, Ranau dan Kundasang sebagai tatapan pembaca akbar ini di Borneo kearah peningkatan ekonomi serta pembangunan pesat dimasa hadapan.

SELAMAT MENYAMBUT BARU KEMERDEKAAN SEPANJANG BULAN OGOS HINGGA 16 SEPTEMBER TAHUN 2017, KEPADA SELURUH RAKYAT KAWASAN KUNDASANG, RANAU, KARANAAN DAN PAGINATAN SERTA SELURUH SABAH AMNYA. SAMA SAMA LAH KITA MENGHAYATI ERTI KEMERDEKAAN AGAR KITA MAMPU MEMBENTUK PERPADUAN YANG SEPAKAT SESAMA RAKYAT SABAH TANPA MENGIRA KETURUNAN DAN AGAMA KEARAH MEMAJUKAN PEMBANGUNAN SERTA EKONOMI DIRI SETIAP MASA. DARIPADA, DATUK HENRYNUS @ RINUS AMIN PRESIDEN PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI SABAH.

SYABAS DENGAN KERJASAMA PRESS MEDIA TERKINI SABAH DAN SARAWAK
INGATAN DARI DATUK HENRYNUS @ RINUS AMIN.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan