Selasa, 15 Ogos 2017


        
Oleh. Jasly Dol
CORETAN PENDEK POLITIK SABAH
Sabah. Siapakah pemimpin parti pembangkang dalam negeri ini yang mampu mampu menawan seluruh jiwa rakyat jelata setakat ini terutama parti parti pembangkang tempatan Sabah terutama berhadapan dengan parti kompenan BN yang ditunjangi oleh UMNO, PBS dan UPKO, PBRS, LDP dan beberapa parti kompenan BN yang lain sebelum pru ke 14 akan datang?, persoalan ini terlalu sukar jika dinilai sambutan rakyat Sabah keatas parti parti yang tercatit seperti STAR, SAPP, PERPADUAN, HARAPAN RAKYAT memandangkan mereka ini bergerak senyap hanya sekali sekala sahaja mendedahkan program terbuka mereka bersama rakyat jelata diseluruh negeri ini berbanding dengan program parti parti pembangkang di Semananjung Malaysia yang memiliki Cabang Cabang didalam negeri Sabah sejak sekian lama.
Antara politik pembangkang dari Semananjung Malaysia terdapat di Sabah ialah KEADILAN, DAP, AMANAH, BERSATU
dan PAS disamping beberapa parti pembangkang tempatan bersendirian menjejaki rakyat jelata memberi sokongan pada mereka ialah WARISAN dan PCS pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing yang dilaporkan bergerak sendirian mendekati rakyat jelata.
                                                   Parti kompenan BN pula terus mempamerkan kekuatan mereka dalam Sabah dan Sarawak sehingga kini dengan pelbagai cara bagi mempengaruhi seluruh rakyat jelata khususnya kawasan perkampungan terpencil bagi melemahkan jentera parti pembangkang yang nekad berlawan dengan kerajaan BN mahu mempertahankan kekuasaan tampuk kerajaan pembangkang.

Dalam perkembangan lain ramai pemimpin parti tempatan mahu membentuk satu pakatan gabungan sebagai langkah menewaskan BN UMNO semasa pilihan raya ke 14 yang diramal selewat lewatnya tahun  hadapan 2018, namun dalam usaha penulis cuba menghubungi semua peneraju parti politik pembangkang terlalu sukar bagi menemui mereka disebabkan mendakwa sibuk mengatur perjumpaan dengan rakyat jelata yang mungkin meraih undi untuk menang dalam pilihan raya berbanding BN yany sentiasa memerlukan media masa.
Terdapat juga beberapa parti pembangkang tempatan Sabah yang sedang berurusan dengan media terkini kearah jentera persediaan menjelang pilihan raya ke 14 dijangka tidak lama lagi sumber maklumat orang ramai yang menceburi bidang  politik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan